Selasa, 31 Januari 2012

carta lagu muntah darah

entah kenapa tengah2 study arini, aku terdengar lagu yg ntah sape pasang radio kuat2  n keluar lagu sape ntah yg amat la xsedap didengar..terus je aku teringatkan lagu x sedap di carta no 1 hati aku.."pis pis pis(please)..kamu jangan nakal..". Aku pn xtau sape nyanyi lagu n..rasanya dulu aku tau..tapi xingat dh dan malas aku nak cari kt bing.

Yang aku heran..sape la tergamak cipta lagu camtu..yg penyanyi tu plak mangkuk jgk, lagu camtu pn nak nyanyi..nyanyi la lagu lain..diorang x pikir ke perasaan n emosi org lain yang terpaksa dengar lagu tu..xleh nak diterima akal aku lagu cmtu..n the fact is ramai org yang aku jumpa x suka jugak lagu tu..so mimpi ape yang diorg bleh keluarkan lagu camtu..

Yang lagi heran..camne lagu cinta muka bulu bleh masuk AJL n banyak view kt utube..sakit hati betul aku dengar lagu tu..ini bleh jadi senarai benda ajaib kt dunia..entah kat mana sedap lagu tu pn aku x tau..walaupn lagu pis3 tu lagi anoying, tapi lagu muka bulu ni pn bleh tahan jgk dia punye anoying..nasib baik x menang AJL..kalau x mmg lagi buruk la pandangan aku kt industri musik malaysia n..

eh apsal aku marah x tentu pasal ni..dah la nak mandi plak, dh nak test bleh plak aku taip benda bangang n kt blog..

Selasa, 22 November 2011

TWILIGHT SALVATION

Tahukah anda wujudnya filem Twilight Salvation iaitu kesinambungan dari sequal twilight yang semakin lama semakin tinggi fantasinya. Twilight Salvation adalah kesinambungan dari kisah Twilight New Moon yang memaparkan kegagalan si serigala seluar pendek untuk memenangi hati bella seterusnya mencegah bella yang belum cukup akal dari terus hanyut dibawa cinta monyetnya terhadap pontianak.
Twilight Salvation mengisahkan bagaimana kerajaan Amerika mendapat tahu tentang kewujudan pontianak Edward beserta keluarganya dan kumpulan pontianak2 lain yang mengancam keselamatan negara. Pelbagai usaha dilakukan Kerajaan Amerika untuk menangani masalah berkenaan tetapi gagal kerana pihak tentera Amerika ramai yang takut hantu dan kekangan prosedur mengekalkan ketenteraman awam bagi mengelakkan kebimbangan rakyat jika berita kewujudan pontianak itu tersebar seterusnya menjejaskan ekonomi Amerika yang sedia parah dengan tukaran wangnya 1 dollar Amerika hanya tidak sampai 2ringgit berbanding Ringgit Malaysia.
Pihak Kerajaan Amerika merancang untuk menghapuskan semua pontianak menggunakan skuad government assassin,namun terlebih dahulu mereka perlu memisahkan Edward dgn bella dengan menghantar seseorang untuk memenangi hati bella kerana dikhuatiri bella akan buat kecoh apabila mengetahui Edward hilang disamping untuk menambah elemen romantik dalam filem berkenaan bagi menarik penonton yang belum mumayyiz ke pawagam.
Masalah timbul apabila tiada seorang pun anggota jentera keselamatan Amerika yang berani untuk potong line Edward dalam memenangi hati bella kerana takut dengan kehebatan Edward yang mampu membaca fikiran org, kehebatan Edward dalam menyelinap kedalam rumah org pada waktu malam juga menjadi kebimbangan utama kerana takut Edward merakam perilaku nakal mereka semasa bersenggama dengan isteri dan disebarkan dalam  youtube.lebih parah lagi jika dalam rakaman tersebut bukanlah isteri yang sah.
Dalam usaha menangani kemelut yang semakin meruncing itu, Kerajaan Amerika telah membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan negara luar yang rakyatnya tidak mengamalkan seks bebas dan biasa berhadapan dengan hantu jembalang. Negara Indonesia dan Malaysia telah disenarai pendekkan setelah Negara siam menolak kerana bimbang dengan risiko rakaman, tetapi pihak Indonesia telah enggan membantu berikutan tiada seseorang yang sanggup menghadapi risiko tinggi berdepan dengan Edward, mereka lebih berminat untuk menjadi buruh binaan di Malaysia yang kurang risiko nyawa melayang disamping rakyat Malaysia yang baik2. Lagipun pihak keselamatan Amerika kurang selesa dengan bau apabila berkerja bersama pihak Indonesia yang  menghisap rokok gudang garam.
Bantuan misi “Salvation” dari kerajaan Malaysia tiba dengan berbekalkan surah Yasin untuk melaksanakan misi bantuan tersebut. Dalam mengendalikan keadaan itu, seorg pakar telah dihantar yang mahir dalam keselamatan perlindungan dan kuat amal ibadat untuk berhadapan pontianak Edward. Selain latar belakang tentera dan pakar dalam mengendalikan senjata ringan, watak salvation juga mahir dalam tempur jarak dekat dalam usaha untuk potong line Edward , seterusnya melindungi bella jika Edward mengamuk bila tahu ade orang potong atas koner.
Garapan jalan cerita seterusnya banyak berkisar tentang tekanan yang dihadapi watak salvation apabila terpaksa fight back to school dengan menyamar sebagai budak sekolah dan terpaksa mengayat bella yang keanak-anakan. Tekanan juga datang dari pengetua sekolah yang kerap kali bagi warning pada watak salvation yang tidak mematuhi undang2 sekolah dengan berjambang dan kerap kali ditangkap merokok di dalam tandas sekolah.
Filem ini juga memaparkan banyak adengan pertarungan ganas antara Edward dengan watak salvation. Selain itu filem ini turut padat dengan adengan2 romantik yang memualkan dalam usaha salvation memenangi hati bella.
Filem Twilight Salvation tidak menekankan unsur karut dalam watak salvation setelah pelakon dari Malaysia yang mendukung watak ini tidak bersetuju untuk menjadikan wataknya mampu bertukar menjadi singa apabila marah, ini berikutan daripada watak serigala seluar pendek yang gagal memenangi hati bella sebelum ini banyak menerima kecaman dari org ramai yang mempersoalkan mana perginya seluar pendek lelaki berkenaan setelah bertukar menjadi serigala. Elemen berseluar pendek juga ditolak kerana pelakon berkenaan enggan berseluar pendek dengan alasan menutup aurat.
Pemilihan pelakon dari Malaysia melalui beberapa proses penilaian yang menekankan faktor kesesuaian dengan filem, pilihan utama iaitu aeron aziz dan adi putra telah dikaji semula dan ditolak kerana faktor umur yang tidak bersesuaian untuk berlakon dalam filem remaja. Christian bale dari Hollywood yang dtg interview di Malaysia juga gagal kerana faktor umur dan faktor telah menjadi watak utama dalam filem Terminator Salvation, jadi tak best la dua filem salvation, lagipun raut wajahnya tidak mencerminkan wajah orang Malaysia, ade ke dia nyamar mengaku org jawa johor masa datang interview . Manakala Jehan miskin telah direjek dari peringkat saringan kerana gagal ujian fizikal. Pelakon dari Malaysia yang terpilih adalah merupakan muka baru yang enggan namanya dikomersialkan, satu2nya sebab beliau berminat mendukung watak salvation hanyalah kerana untuk menambah elemen menarik dalam filem berkenaan untuk membolehkan beliau menonton kelak dengan kurangnya rasa mual.
Walaubagaimanapun, filem ini telah tidak di release kerana pihak penerbit dan pengarah lebih mengutamakan keuntungan dengan membiarkan watak Edward hidup untuk menyambung cerita hayalan berkenaan dengan Twilight Breaking Dawn. Yelah kenapa ambil untung seringgit jika boleh dapat 5 ringgit. Mata duitan betul.
Poster Filem Twilight Salvation yang hampir memecahkan pawagam berdekatan anda. Amacam Edward..bleh makan ke..?

Khamis, 29 September 2011

Dicilok dari pengembaralara.blogspot.com

MENGAPA KELUAR 3HARI, 40HARI, 4BULAN?


Ramai pihak sering mempertikai bilangan-bilangan hari yang ditetapkan dalam rangka usaha mempelajari usaha ugama dan belajar melapangkan masa untuk ugama. Justeru saya sertakan artikel (masih copy paste) yg sesuai untuk menerangkan perihal ini.

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah:

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.

(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah).

(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat keluar 6 bulan:

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan.

(Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)


Keluar 4 bulan:

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya

Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya

Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”

(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu. Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha,

Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”

(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]


Keluar 40 hari:

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?

(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.

(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Fatwa Ulama:

Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan.

Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah...

Dan Allah Maha Mengetahui.

(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611, Askimam.com)

Selasa, 5 April 2011

Aku Konklusi





Assalamualaikum,

1. Jgn baca lagi post ni sbb xde apa2 yg aku nak menkonklusikan dalam post pertama ni, blog ni untuk aku bersuka-suki secara maya yang mane kalau org kg aku tau aku ade blog mst diorg kagum tahap gaban punye..muahahaha..mungkin ada yg lebih ekstrim lg tahap kagum tu sehingga mencapai tahap raksaksa jahat yg slalu duk lawan dgn gaban tu.(raksaksa ke raksasa ntah)

2. Segala yg mungkin aku akan tulis dalam blog ni hanyalah berdasarkan ekspresi otak aku sahaja pada sesuatu perkara dan kemungkinan besar akan dipengaruhi oleh deruman adrenalin semata2 atau mungkin jgk dari bisikan syaitan yg nak menyesatkan dan mungkin jgk aku x tulis ape2 pn lepas ni..hahaha... segala pandangan aku yg kalau korg baca mcm xleh pakai je jgn la korg ambik pusing sangt sbb mmg kekarutan pasti akan berlaku. Segala maklumat yg andainya korg dpt dr blog aku ni, ianya hanyalah dr perspektif aku sahaja dan hanya boleh diguna pakai secara waras oleh  aku dan mungkin jugak utk beberapa spesis manusia yg hampir pupus..

3.  Andainya satu hari nanti aku mngkonklusikan penyelesaian yg telah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah besar yang melanda hemisfera selatan sekalipun..korg jgn la ikut jalan penyelesaian tersebut yg hanyalah aku reka ikut nafsu serakah aku sahaja..lagi pun aku selalu ikut jalan singa (sila tonton filem sivaji the boss kalau nak tau jalan singa tu camne)untuk selesaikan masalah, jadi mmg bukan semua org sesuai nak selesaikan masalah ikut cara aku..sivaji the boss je yg buat keje x senonoh mcm tu. kebanyakan masalah, aku suka selesaikan cara barbarian, tp korg sume pn tau bukan sume mslh bleh setelkan dgn cara rambo, bukan la aku ckp aku ni x civillize..tapi bila sampai part nak setelkan masalah ikut jalan singa..part tu yg aku suka tu..hahaha..xyah nak pikir hati dan nurani org lain..perasaan ketua kg pn xpayah nak ambik pusing..just kill'em all..muahahaha..


hem..kalu aku jd pemimpin negara bleh cenderung jd mcm hitler aku ni..ayat pn dh mcm cenderung utk jd pembunuh..kan senang setelkan masalah mcm tu..
adakah kawan2 rapat n CK dh berdebar2 bace statement aku ni..?jgn risau..aku masih waras..muahahaah
 

huv a nice day..love peace no war..