Selasa, 22 November 2011

TWILIGHT SALVATION

Tahukah anda wujudnya filem Twilight Salvation iaitu kesinambungan dari sequal twilight yang semakin lama semakin tinggi fantasinya. Twilight Salvation adalah kesinambungan dari kisah Twilight New Moon yang memaparkan kegagalan si serigala seluar pendek untuk memenangi hati bella seterusnya mencegah bella yang belum cukup akal dari terus hanyut dibawa cinta monyetnya terhadap pontianak.
Twilight Salvation mengisahkan bagaimana kerajaan Amerika mendapat tahu tentang kewujudan pontianak Edward beserta keluarganya dan kumpulan pontianak2 lain yang mengancam keselamatan negara. Pelbagai usaha dilakukan Kerajaan Amerika untuk menangani masalah berkenaan tetapi gagal kerana pihak tentera Amerika ramai yang takut hantu dan kekangan prosedur mengekalkan ketenteraman awam bagi mengelakkan kebimbangan rakyat jika berita kewujudan pontianak itu tersebar seterusnya menjejaskan ekonomi Amerika yang sedia parah dengan tukaran wangnya 1 dollar Amerika hanya tidak sampai 2ringgit berbanding Ringgit Malaysia.
Pihak Kerajaan Amerika merancang untuk menghapuskan semua pontianak menggunakan skuad government assassin,namun terlebih dahulu mereka perlu memisahkan Edward dgn bella dengan menghantar seseorang untuk memenangi hati bella kerana dikhuatiri bella akan buat kecoh apabila mengetahui Edward hilang disamping untuk menambah elemen romantik dalam filem berkenaan bagi menarik penonton yang belum mumayyiz ke pawagam.
Masalah timbul apabila tiada seorang pun anggota jentera keselamatan Amerika yang berani untuk potong line Edward dalam memenangi hati bella kerana takut dengan kehebatan Edward yang mampu membaca fikiran org, kehebatan Edward dalam menyelinap kedalam rumah org pada waktu malam juga menjadi kebimbangan utama kerana takut Edward merakam perilaku nakal mereka semasa bersenggama dengan isteri dan disebarkan dalam  youtube.lebih parah lagi jika dalam rakaman tersebut bukanlah isteri yang sah.
Dalam usaha menangani kemelut yang semakin meruncing itu, Kerajaan Amerika telah membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan negara luar yang rakyatnya tidak mengamalkan seks bebas dan biasa berhadapan dengan hantu jembalang. Negara Indonesia dan Malaysia telah disenarai pendekkan setelah Negara siam menolak kerana bimbang dengan risiko rakaman, tetapi pihak Indonesia telah enggan membantu berikutan tiada seseorang yang sanggup menghadapi risiko tinggi berdepan dengan Edward, mereka lebih berminat untuk menjadi buruh binaan di Malaysia yang kurang risiko nyawa melayang disamping rakyat Malaysia yang baik2. Lagipun pihak keselamatan Amerika kurang selesa dengan bau apabila berkerja bersama pihak Indonesia yang  menghisap rokok gudang garam.
Bantuan misi “Salvation” dari kerajaan Malaysia tiba dengan berbekalkan surah Yasin untuk melaksanakan misi bantuan tersebut. Dalam mengendalikan keadaan itu, seorg pakar telah dihantar yang mahir dalam keselamatan perlindungan dan kuat amal ibadat untuk berhadapan pontianak Edward. Selain latar belakang tentera dan pakar dalam mengendalikan senjata ringan, watak salvation juga mahir dalam tempur jarak dekat dalam usaha untuk potong line Edward , seterusnya melindungi bella jika Edward mengamuk bila tahu ade orang potong atas koner.
Garapan jalan cerita seterusnya banyak berkisar tentang tekanan yang dihadapi watak salvation apabila terpaksa fight back to school dengan menyamar sebagai budak sekolah dan terpaksa mengayat bella yang keanak-anakan. Tekanan juga datang dari pengetua sekolah yang kerap kali bagi warning pada watak salvation yang tidak mematuhi undang2 sekolah dengan berjambang dan kerap kali ditangkap merokok di dalam tandas sekolah.
Filem ini juga memaparkan banyak adengan pertarungan ganas antara Edward dengan watak salvation. Selain itu filem ini turut padat dengan adengan2 romantik yang memualkan dalam usaha salvation memenangi hati bella.
Filem Twilight Salvation tidak menekankan unsur karut dalam watak salvation setelah pelakon dari Malaysia yang mendukung watak ini tidak bersetuju untuk menjadikan wataknya mampu bertukar menjadi singa apabila marah, ini berikutan daripada watak serigala seluar pendek yang gagal memenangi hati bella sebelum ini banyak menerima kecaman dari org ramai yang mempersoalkan mana perginya seluar pendek lelaki berkenaan setelah bertukar menjadi serigala. Elemen berseluar pendek juga ditolak kerana pelakon berkenaan enggan berseluar pendek dengan alasan menutup aurat.
Pemilihan pelakon dari Malaysia melalui beberapa proses penilaian yang menekankan faktor kesesuaian dengan filem, pilihan utama iaitu aeron aziz dan adi putra telah dikaji semula dan ditolak kerana faktor umur yang tidak bersesuaian untuk berlakon dalam filem remaja. Christian bale dari Hollywood yang dtg interview di Malaysia juga gagal kerana faktor umur dan faktor telah menjadi watak utama dalam filem Terminator Salvation, jadi tak best la dua filem salvation, lagipun raut wajahnya tidak mencerminkan wajah orang Malaysia, ade ke dia nyamar mengaku org jawa johor masa datang interview . Manakala Jehan miskin telah direjek dari peringkat saringan kerana gagal ujian fizikal. Pelakon dari Malaysia yang terpilih adalah merupakan muka baru yang enggan namanya dikomersialkan, satu2nya sebab beliau berminat mendukung watak salvation hanyalah kerana untuk menambah elemen menarik dalam filem berkenaan untuk membolehkan beliau menonton kelak dengan kurangnya rasa mual.
Walaubagaimanapun, filem ini telah tidak di release kerana pihak penerbit dan pengarah lebih mengutamakan keuntungan dengan membiarkan watak Edward hidup untuk menyambung cerita hayalan berkenaan dengan Twilight Breaking Dawn. Yelah kenapa ambil untung seringgit jika boleh dapat 5 ringgit. Mata duitan betul.
Poster Filem Twilight Salvation yang hampir memecahkan pawagam berdekatan anda. Amacam Edward..bleh makan ke..?